HOME TUTORIALS FREEBIES TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM

Day 1 : 10 tentang diri saya

Hi readers ^^
Hari ini bermulalah destinasi suai kenal dengan owner blogger ini . So, let's start ^^ \click read more >> for more detail/
  • Nama penuh nisa ialah Nurhanisah binti Fakhrurazi tapi rakan sekelas nisa suka sangat panggil ' nisak ', padahal nama nisa bukan ada K pun, tapi tak mengapa nisa lebih suka dengan panggil begitu. Kadang-kadang ada juga yang panggil myzanyesa dekat nisa, tahu tak kenapa? Sebabnya, nama itu gabungan mizan dan nisa. By the way, mizan tu satu-satunya lelaki yang ada dalam hati nisa sekarang.
  • Nisa dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar pada 22 Mac 1997, yeah sama dengan tarikh lahir P. Ramlee ^^ Sekarang umur nisa dah 14 tahun dan tahun hadapan nisa akan ambil peperiksaan yang amat penting iaitu Penilaian Menengah Rendah. Nisa harap korang doakan nisa supaya dapat straight A's okay ?
  • Nisa ada banyak perangai buruk, sesiapa yang mengenali nisa dengan lebih rapat pasti akan tahu sifat buruk nisa. Sifat nisa memang buruk, nasib baiklah boyfie nisa boleh tahan dengan perangai nisa ni.
  • Anak Sulung dari 5 orang adik beradik , nisa memang ada banyak adik sampai pening jadinya tapi semua adik-adik nisa ni nakal-nakal belaka dan comel dari nisa ^^ 
  • Berblog, melayari internet, membaca novel, bermain boling dan lain-lain yang menarik hati nisa untuk melakukannya ialah favourite hobi nisa pada masa lapang.
  • Nisa ni juga sebenarnya budak paling nakal dalam family, pernah mama nisa cerita dulu nisa suka sangat main pisau sampai terhiris tangan dan ada parut sehingga sekarang. Nisa ni jenis suka melakukan aktiviti lasak, semua permainan nisa nak cuba tapi sekarang dah tak boleh sebab tahun lepas nisa hampir-hampir patah kakik sebelah kanan. 
  • Sejak nisa putus dengan bekas boyfie nisa, nisa selalu sakit kepala sehinggalah sekarang dan pelbagai masalah yang menimpa. Cerita sedih,gembira selalu nisa ceritakan dengan boyfie nisa dan sekarang nisa hanya boleh menyimpannya di dasar hati nisa. Setiap kali kesedihan melanda nisa akan teringat kembali akan kisah tersebut.
  • Manakala favourite food ialah makanan barat seperti spaghetti, steak, chicken chop dan seumpanya. Sehingga boyfie nisa kata yang nisa ni jenis memilih ==' By the way makanan tempatan yang menjadi pilihan hati nisa ialah laksa, mee gorang, nasi goreng kampong dan lain-lain.
  • Subjek yang diminati oleh nisa, semestinya ada jalan kira-kira. Sebelum ini nisa selalu merungut kenapa Maths susah dan sebagainya. Sejak peristiwa cikgu nisa marah akibat semua pelajarnya gagal Maths, nisa terus semangat belajar Maths. Thanks to Teacher Safina ^^
  • Last story, nisa ni mempunyai impian, harapan dan seumpamanya yang tinggi-tinggi disebabkan itu ayah nisa tak sanggup nak bagi sesuatu yang nisa ingin milikinya ^^
THE END

No comments:

Template By NisaaRazie