HOME ABOUT ME TUTORIALS FREEBIES LINKIES INSTAGRAM

Bercuti di Kelantan 6 Hari, 5 Malam


Assalamualaikum, Hi.

Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan.
Jadi, memandangkan cuti semester kedua ni aku mereput (tanam anggur sambil tunggu Aiman balik dari UiTM) aku dah buat plan nak pergi Kelantan, nak melawat Kelantan sambil tunaikan janji dekat Nik (dua dua orang ni bekas roommate aku masa dekat Kolej Matrikulasi Perlis, KMP). Jadi, bermulalah cerita aku dekat sini.

Sabtu, 29 Julai 2017

Perdana Ekspress
Dari Alor Setar ke Tanah Merah mengambil masa lebih kurang 6-7 jam lebih juga la (kalau naik bas). Jadi, aku naik bas Perdana Ekspress (not bad la, seat dia selesa luas bad baru kaler hitam, plug pun ada juga) Sepanjang perjalanan aku tidur kejap ja dari Gerik sampai Jeli. Aku pula jenis susah nak tidur dalam perjalanan melainkn klau aku letih sangat sangat (ngantok yakmattt) Harga tiket? RM39.70 sahaja tapi entah kenapa dekat Shahab Perdana dia bedal sampai RM40. Dia taktau kot yang RM0.30 tu boleh guna nak masuk tandas dekat Hentian Gerik?

Ahad, 30 Julai 2017

Aku tak berjalan ke mana sangat pun sebab kereta roommate aku masalah sikit. Jadi, kena tunggu petang sikit lepas adik dia balik sekolah baru boleh keluar berjalan. Hari kedua dekat Kelantan, aku pergi ronda dekat  Tumpat lepas tu terus straight ke Kota Bharu. Pergi Aeon Mall sebab aku mengadu lapar (hahahaha) Lepas tu, round dalam Aeon Mall borong casing phone (itu jee)

Isnin, 31 Julai 2017

Ozarah Cafe, Tanah Merah, Kelantan.
Hari Isnin? Emm, aku ronda dekat bandar Tanah Merah je. Okay la dapat bedal makanan dengan dapat buku '27 Hari Untuk Move On by The Faiz Ibrahim'

Selasa, 1 Ogos 2017

Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan.
Okay, sebelum balik. Nik bawa kitaorang round dekat Rantau Panjang (dia yang beli barang, aku cuma nak makan je)

Bazaar ....
So, aku makan mihun celup bersama teh o beng (jenuh juga la sebut sebab dah terbiasa sebut bihun dengan teh o ais) sumpah terkial mulut aku masa tu. Ohh, aku tak ingat nama tempat (hehehe)

Tapi nasib baik la Nik tak terlepas masuk ke Thailand. Hampir-hampir silap lorong juga la hari tu. Lepas makan terus turun Kota Bharu balik, aku rasa macam jauh nauuu. Sempat la dia lapar balik. Turun Kota Bharu buat apa? Emm, Nik bawa kita orang ronda dekat Universiti Malaysia Kelantan (Cawangan Kota Bharu) aku rasa laaa. Lepastu pi mana tahh, tak ingat dah sebenarnya. Rasanya pi Kota Bharu Mall (KB Mall) haaaa, alang-alang dah masuk mall, apa lagi? Terjah cari makanan la (lapaq kot dekat berapa jam tak makan) Then, terus pi Wakaf Che Yah (betul dak tau aku eja?) Ohh, aku lupa. Aku ada borong serunding ikan 2kg dengan harga RM20/kg. Dekat mana? K, yang tu aku taktau. Orang Kelantan yang bawa, aku beli jeee.

Rabu, 2 Ogos 2017

Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan.
Pantai Senok, Bachok, Kelantan.
Okay, hat ni hari last sebelum aku dengan Aiman balik Kedah. Masa dalam perjalanan pi Pantai Bisikan Bayu tu okay la tak riuh sangat. Lepas tu, nak pi Pantai Senok kena guna waze (aku bedal maps iPhone punya) sekali dia bagi masuk jalan kampung tembus sana sini. Sampai kami dah give up juga la nak cari pantai. Orang kata Pantai Senok ni pantai yang ala ala macam pokok dekat Korea tu. Sumpah wehh, aku taktau apa. Masa sampai kat Pantai Senok, aku macam blurr kejap. Mana pantai? Kenapa ada pokok ja semua? Rupanya akan jumpa pokok dulu baru pantai laut apa semua tu. Masa ni aku pula yang borong, borong keropok dekat 5kg juga la.

Khamis, 3 Ogos 2017

Perdana Ekspress
Yeayyy, dah nak balik. Tapi sayang bas mai lambat setengah jam dan aku pun tak faham sejak bila aku macam mabuk semacam ja bila naik bas? Sebelum ni dak pun. Emm, masa nak balik ni naik bas lama. Plug takdak dohhh, aku rasa macam nak nangis je masa tu. Gelabah dia lain macam, sebab aku tak charge powerbank aku. Takpa la, janji aku dah selamat sampai dekat Alor Setar, Kedah.

Jumpa lagi negeri Kelantan.


Template By NisaaRazie