Assalamualaikum, Hi.
Seperti yang dijanjikan dalam entri Syawal 1438H, nisa akan cerita serba sedikit mengenai program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Statistik Industri) di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Nisa cerita berdasarkan apa yang nisa belajar selama 2 semester (cek baru habis tahun pertama bulan 6 hari tu haaa)
Lagipun ada junior (junior la kot) yang tanya pasal program ni. Emm, tak tau la orang yang sama tanya dekat instagram atau tak. Sebenarnya, sebelum pilih program korang perlu tahu minat korang tu kearah bidang apa. Contoh kalau korang minat dengan bidang matematik, nisa cadangkan jangan pilih program dalam bidang statistik. Serius, statistik ni korang akan belajar sampai tahap dari moyang dia sampai la ke anak cucu cicit (kiranya macam 7 keturunan Statistik la) bukan nak menakutkan korang tapi kena tahu juga korang minat apa. Takut nanti kena ulang paper lagi sekali jeeeerrrr. Nisa dulu sebelum pilih program tertanya juga Statistik ni program apa? Belajar apa? Kerjaya nanti macam mana? Disebabkan 'Andalas Residence' ni rapat sangat dengan kaunselor sekolah (termasuk ayeeee) haaa memang akan tanya banyak la.
"Bidang Statistik ni kerjaya dia cerah, tapi terpulang atas orang tu sendiri" - Kaunselor SMK Hutan Kampong (sekarang ni dia dah pindah ke SMK Sultanah Asma)Soalan Pertama:
Statistik ni belajar apa? Macam Statistik (Matematik Tambahan/Matematik) masa sekolah menengah dulu ke?
Statistik ni korang akan belajar balik apa yang korang belajar masa sekolah menengah yang matematik tambahan/matematik dulu dengan apa yang korang belajar masa dekat matrikulasi (STPM ayeee tak tau, ayee takdak kawan STPM yang ambil aliran sains) tapi cara dia ada yang lain. Biasa la kan, makin tinggi hang belajar makin bertambah la ilmu baru tapi jangan sombong sangat bila hang belajar tinggi dari orang lain.
Soalan Kedua:
Saya minat bidang Matematik dan Statistik. Bolehke ke program ni?
Okay, awak sebenarnya kalau awak minat dalam bidang matematik (I mean more to mathemathician) nisa cadangkan pilih program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Perniagaan) sebab kurang sikit la belajar statistik nanti.
Soalan Ketiga:
Apa kerjaya/hala tuju kalau pilih program Statistik ni?
Banyak. Sangat banyak, boleh baca dekat SINI
Soalan Keempat:
Program ni belajar subjek/kursus apa?
Awak akan belajar banyak benda.
2016/2017 - UUM |
Soalan Kelima:
Apa beza Matematik Perniagaan (Business Mathematics) dengan Statistik?
Okay, business maths ni korang akan belajar Maths lebih dengan kata yang paling mudah (Matematik & Add Maths kena strong kalau nak jaga pointer) tapi korang juga akan belajar akaun, perniaagan, kewangan, dll (ini berdasarkan elektif pilihan atau minor) dan business maths dekat UUM akan belajar subjek statistik juga sampai 3 atau 4 subjek statistik rasanya.
Statistik pula macam mana? Statistik macam tu juga, korang belajar lebih dalam. Banyak bermain dengan data. Jujur Nisa cakap sepanjang Nisa belajar dalam kos ni (bakal masuk semester 5 - Sept 2018) baru semester 4 celik minda yang statistik ni seronok sangat belajar dengan syarat korang faham betul betul. Ye, ada orang cakap susah la apa la tapi yang basic ni la korang kena faham betul betul untuk korang survive di semester akan datang. Kos statistik ni pun kena belajar maths juga (4 atau 5 subjek maths sahaja)
Soalan Keenam:
Berapa pointer untuk nak jadi salah seorang pelajar statistik?
Yang ni Nisa tak tahu sangat sebab dulu pointer masa matrik, Nisa dapat 3.5 ke atas.
Soalan Ketujuh:
Sekarang Nisa di semester berapa? Tahun ke berapa?
Okay, masa Nisa mula mula post entry ni dekat blog, Nisa di semester 2 tahun pertama. Sekarang tengah jawab soalan ni, Nisa bakal masuk ke semester 5 tahun ketiga (Sessi Sept 2018)
Soalan Kelapan:
Saya ditawarkan jurusan major statistik, patut tak saya terima sebab saya tak minat Maths/Add Maths?
Kalau awak tak minat Maths atau Add Maths awak boleh terima tawaran ni sebab Nisa dulu masa spm Add Maths tak berapa cemerlang. Jujur caka, add maths Nisa setakat C+ sahaja dan Alhamdulillah rezeki Allah kita tak tahu tapi kalau hati korang rasa tak nak terima baik ikut kata hati sebab kita tahu tahap kemampuan kita setakat mana.
Soalan Kesembilan:
Pekerjaan & hala tuju bagi jurusan Matematik Perniagaan?
Jujur Nisa cakap, Nisa takdak kawan dari jurusan ni tapi yang Nisa tau korang boleh bekerja dengan syarikat mana mana atau dengan bank sebab jurusan Matematik Perniagaaan ni belajar serba sedikit mengenai perniagaan atau korang boleh search dekat jobstreet mengikut bidang yang korang ceburi.
Soalan Kesepuluh:
Korang boleh tanya dekat komen, nanti Nisa akan update sama ada lambat atau cepat. Maaf kadang kadang Nisa buka blog tapi tak sempat nak balas semua soalan.
Nisa cerita ni kebanyakkannya di Universiti Utara Malaysia. Tak tahu la, sama ke beza ke. Kalau ada yang lain terbaca dan tahu serba sedikit boleh juga kongsi dekat sini.
Okay, setakat ini sahaja untuk hari ini.
You guys can drop your question here from now and I will reply here. If you want a fast response from me, you can ask me at my social media. Surely, I will reply immediately. Thank you for visit here.
18 comments:
APA beza sains statistic dgn sains aktuari? Utk cos ni dia punya job high demand tk? Pastu kalau nk sambung master nanti blh tk sambung dlm bidang aktuari?
Asalamualaikum, saya baru2 ni dpt statistik😊. Nak tanya, dia kena pakai laptop tak? P/s: very informative
@Farhanah Afiqah : Calculus I tak susah, actually basic dari add math dan maths matrikulasi.
@Anonymous : statistik ni more kepada stat, kalau sains aktuari ni lebih kurang dengan decision science (sains pemutusan dekat UUM). Untuk kos ni, job dia tak high demand dekat Malaysia. Emm, tak sure la boleh sambung master atau tak. selalunya boleh jer, walaupun takde basic tapi nanti kena belajar sendiri.
@Faez Fadzel: Waalaikumsalam. Yes, memang kena guna laptop. Semua kos kena guna laptop sebab semua assignment kena typing dan print submit dekat lecturer.
apa bza buss. math and statstik? and mana akak prefer?
assalamualaikum,akak nak tanya apa beza sains matematik dgn sains statistik,lepas tu lepasan sains matematik ni akan kerja apa eh lepas habis degree?
kos ni nak pointer brapa eh?
Hai hello kak saya mau tanya apakah pekerjaan yg berkaitan dalam bidang statistik? Dan adakah peluang pekerjaan dalam bidang ni tinggi? Kkak ambil statistik ka? Dan skrg kkak d tahun ke berapa?
Kalau sains matematik mcm mana pulak? Selain guru, kerjaya apa yg boleh dpt dri kos ni? Pls reply asap i need your help 🙏
Kalau sains matematik mcm mana pulak? Selain guru, kerjaya apa yg boleh dpt dri kos ni? Pls reply asap i need your help ��
Kalau sains matematik mcm mana pulak? Kerjaya apa yg sesuai utk kos ni? Sama dgn yg statistik tu ke? I mean, kerjaya selain guru. Pls reply asap i really really need this info 🙏🙏🙏
Salam sis. Saya telah ditawarkan dalam bidang sains statistik dengan kepujian di upm. Jujur saya ckp saya tak minat math/addmath. Mcm saya bace dri komen sis sebelum ni, sis ade ckp bnyk stats. Bole saya tau stats tu more kepada addmath/math. Mintak pendapat sis kalau org yang tk suke kire2 mcm saya ni sis sarankan tak terima tawaran major statistik tu. Sekian terima kasih
@Anonymous: Sorry for the late reply. Buss maths ni akan belajar maths lebih dalam, macam statistik kitaorang belajar sampai calculus 2 sahaja dan Ordinary Differential Equation. Kalau Statistik, kitaoran akan belajar lebih dalam. Statistik tak banyak sangat mengira (macam rumus add math apa semua tu). Mengenai pekerjaan dalam bidang statistik ni meluas sebab semua kena guna statistik, cthnya dekat hospital, kementerian, bank, dll. Kalau buss math tak berapa pasti tapi buss math, sains pemutusan (decision science) & statistik ni berkait.
@Oyahh Johar: Serius akak cakap, belajar dalam major statistik ni kita belajar maths dalam kadar minima ja. Cth, belajar kira-kira hanya calculus 1, calculus 2, Linear Algebra & Ordinary Differential Equation (di UUM) Kalau buss maths sampai Calculus 4 rasanya sebab kos buss math lebih mendalam & akan belajar akaun, kewangan, dll (bergantung kepada elektif & minor yg korang ambil). Macam akak, tak berapa excellent sangat dengan Add Maths ni tapi alhamdulillah boleh survive.
yang bertanya sekarang saya di semester/tahun ke berapa? Saya pelajar semester 5 (tahun 3) mulai Sept 2018.
Harap jawapan ini dapat membantu, maaf jika balas komen-komen korang lambat.
@Anonymous @Unknown @Oyahh Johar: Assalamualaikum, maaf Nisa baru sahaja update soalan soalan yang korang dekat komen & harap ia dapat membantu. Maaf juga lambat balas.
Jurusan statistik dalam dunia pekerjaan tak high demand (dalam Malaysia)
Tq u kak nisaa. Saye bru nk start degree. Wish me luck hhhu. Semoga urusan kita dipermudahkan.
sis saya share ya..:)
stastistik ni mmg hanya dalam program ijazah sarjana muda je ke? dalam program ijazah sarjana muda pendidikan x de ke?
Assalamualaikum...sis sy nak tnya bidang statistik ni add math kena strong ka... Mcm sy dkt matrik math dpt b ja ok xklu nak amik statistik sbb sy mmg dh buntu nk apply apa utk upu...sy nmpk math ja sbb sains sy dh give up awal2 huhu...mohon pencerahan
Post a Comment