HOME TUTORIALS FREEBIES TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM

Kehidupan di Universiti


Assalamualaikum.

Helloooo followerssss, dah lama nisa tak update blog.
Almost 5 atau 6 bulan dah. Masa habis matrik dulu kononnya nak update blog tanpa tinggal sehari pun, tapi hampeh betul, semua ke laut. Ni dah nak habis bulan November dah pun. Okay, alang alang dah malas nak buat assignment (bukan malas tapi no idea) melencong la sat dekat blogger ni haa.

Actually dah 3 bulan dah nisa belajar dekat Universiti Utara Malaysia. Kos? Ijazah Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) . Bila sebut pasal kos ni ramai macam " Wow, hebatnya hang. Berani tanggung risiko " dan sebenarnya aku sendiri baru tahu kos ni macam mana. Yang betul betul minat dengan matematik, kira-kira, analisis data dan seangkatan dengannya boleh la apply kos ni di masa akan datang.

Berbalik kepada tajuk 'entry' ni.

Aku ni baru rasa life Universiti ni macam mana haaa. Sebelum ni belajar dekat matrik. Sumpah aku cakap life dekat matrik dengan universiti sangat sangatlah berbeza (bagi aku laa, kalau orang lain aku taktau) atau mungkin juga aku sejenis manusia yang sukar nak cari kawan. Aku sendiri tak tahu nak cerita macam mana, sebab satu ayat pun tak keluar dari kepala banyak sangat fikir sejak dua tiga menjak ni. Yelaaa, bulan depan dah nak final exam. Jadi bulan ni belambak la assignment, test, kuiz dan presentation group yang aku kena hadap. Satu lagi kena join aktiviti dalam kampus untuk kekal aktif tapi kalau hang tak aktif pun takpa. Kat sini konsep hang duduk dalam kampus sampai habis belajar. Cuma beza laluan je laa. Ehh panjang benor cerita ekk.

Nanti entry lain aku cerita pula pasal UUM itu pun kalau nak cerita. Okay bye.


1 comment:

fr said...

Salam kak, kalau industrial stat prospek kerjaya macam mana? Ingat nak sambung course ni tapi still ragu2 hehe. Btw saya student asasi uum.

Template By NisaaRazie