HOME TUTORIALS FREEBIES TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM

Kehidupan di Kolej Matrikulasi Perlis

Assalamualaikum.

Generasi 16
Wahh, dah dua minggu kau tamat pengajian baru reti nak update blog yee Nisaa. Berhabuk gila. Hehe. Actually, bukan tak nak update.
Dulu masa dekat matrik mana sempat nak buka blog. Nak buka itu ini. *K tak, aku tipu jee. Semenjak aku takdak laptop ni, memang malas nak update blog. Nak design lain pun malas juga. Sampai sanggup kekalkan design ni berkurun lamanya. Mungkin dah lupa dengan coding edit blog sama. I guess.

Ohh, berbalik kepada tajuk asal kita

"KEHIDUPAN DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS"

Guys, siapa yang dapat matrikulasi tu, buat la dulu solat istikharah yee. Jangan tiba tiba nanti kau nak tukar pergi uitm atau politeknik masa intake kedua. Menyusahkan orang, tapi kalau kau buat betul betul masa final sem satu. Kau nak pindah, pindah jee la. Orang tak akan mengata pun.

Macam entry yang lalu, Nisa dah pernah cerita pasal Kolej ni. Okay, Nisa mula masuk KMP pada 25 Mei 2015. Waktu tu mana la nak kenal orang sangat, tapi aku paling bersyukur sekali sebab bedmate aku orang Kedah. Kekeke. Masa hari pendaftaran ni, memang A3 108 hanya ada 3 orang penghuni ja. Tapi disebabkan Nik ni lelah, tak boleh nak naik aras 4, felo blok pun tukarkan dia ke aras 1 masuk jadi penghuni bilik kami. Nik ni orang Kelantan, tapi manusia dekat KMP ni cakap dia ni tak nampak macam orang Kelantan pun. Aku dengan Aiman gelak jaaa. Hahahaha. Sorang lagi penghuni Indian, nama dia Rishalline. Dalam bilik kami ni, aku hanya rapat dengan Aiman dengab Nik sebab Risha ni susah sikit nak bergaul. Emmm.

Roomate A3 108
Okay seterusnya nak cerita pasal A6T6. A6T6 ni maknanya A6 adalah kuliah A6 manakala T6 tu praktikum dan T6B bermakna tutoran atau kelas B bagi praktikum A6T6. Okayy, aku tak tau nak cerita apa pasal classmate ni sebab tak banyak sangat kenangan dengan depa. Well ada geng berpecah. Tak macam siblings.

Generasi yang akan ke KMP ni, korang kena tahu bahawa KMP ni ada 4 musim.

  1. Musim Panas
  2. Musim Hujan
  3. Musim Sakura
  4. Musim Salji
Serius wehhh, Perlis panas gila gila gila. Hampa kena banyak bersabar jaa. Kalau musim hujan, Ya Allah lebat nak gila. Pernah juga la blok laki dengan 2 blok perempuan naik air. Musim Sakura ni di antara bulan Februari - April. Kejap ja musim ni muncul. Musim Salji? Hahaha. Cikgu Azraei cakap musim salji ni muncul bila orang kutip padi pastu bakar apa nama tak ingat dah. 

Next, dekat KMP ni korang boleh panggil cikgu. Tak macam matrikulasi lain. Kena panggil lect, miss, madam, sir, puan dll. Tapi ada la dua tiga orang lecturer yang suruh kau panggil nama nama yang tertera tuu. Kau kena banyak bersabar dengan kerenah lecturer yang macam tu yee adik adik.

Emm, dekat KMP ni kau boleh outing ikut giliran lelaki atau perempuan. Tak boleh outing sekali melainkan pihak HEP benarkan. KMP ja letakkan peraturan outing ikut jantina. Rasanya laaa. Haaa, lagi satu. Yang ni sangat penting. KMP ni major PERAKAUNAN gaiss. Kau tak usah risau takut itu ke ini ke sebab dekat sini takda senior tapi dengar kata sistem matrikulasi dah tukar. Generasi kita orang yang terakhir ikut sistem lama.

Nak makan makanan lain? Dik, kau boleh minta bantuan pakcik bakeri, Pakcik Zaini untuk beli KFC kee Pizza kee Secret Recipe kee tapi berdasarkan kemampuan yang dia boleh bantu je laa. 

Dah tak tahu nak cerita apa. Hahaha. Btw, cuma nak pesan. Kau hayatilah detik detik kau dekat matrikulasi. Nanti bila dah habis matrikulasi, mula la kau nak throwback lahh nak melalak menangis lahh nak meroyan dalam group whatsapp lahh nak spam gambar gambar atau video lahh dan sebagainya. 

Kalau nak tanya apa apa boleh komen dekat entri ni atau boleh cari saya dekat twitter, instagram, facebook atau email. Semua maklumat tu ada dekat "ABOUT ME" . Kau klik je dekat ABOUT ME nanti dekat bawah sekali tu ada tertera semuanyaa.

Sekian sahaja entri pada hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Kak tumpang tanya. Aliran sains dekat kmp ramai dak orang score pointer? And cikgu aliran sains dekat kmp ni okay tak. Garang tak hehhehe

Nisaa said...

hi dik, sorry akak tak berapa tau sangat pasal aliran sains dekat KMP. Roommate akak dulu semua aliran akaun.

Template By NisaaRazie