HOME TUTORIALS FREEBIES TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM

Memories In High School


Assalamualaikum.

Hi, hari ni Nisa baru balik dari Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Okayy, setiap kali Nisa berada kat mana-mana mesti Nisa akan ingat dekat kawan-kawan Nisa. Betul la cakap orang tua, kawan-kawan kita yang berada di sekolah Menengah akan tinggalkan banyak kenangan buat kita. Kenangan Pahit, Manis, Tawar dan sebagainya.

Jom kita imbau balik perbualan kosong Nisa dengan kawan sekelas Nisa.

Bersama NADS

  • Kami selalu tukar tukar pasangan. Kadang-kadang tu kami boleh bergaduh antara dua orang sahaja. Well, kawan mana yang tak bergaduh? NADS ditubuhkan sebelum percubaan PMR. Kami ni kadang-kadang ada persamaan dan kadang-kadang ada kelainannya. NADS ni kawan sehidup semati Nisa. Nisa sayang dia orang macam nyawa Nisa sendiri. In Shaa Allah, hubungan persahabatan kita orang akan kekal even kita orang dah ikut hala tuju masing-masing :)
Bersama 3 Andalas 2012
  • Ada satu hari kita orang bergaduh. *Opsss, tak termasuk aku. Hari tu memang dia orang bergaduh besar, sebab salah seorang budak perempuan ni memang tak setuju cara kami plan meja terbaru -_- Tapi, akhirnya meja tu susun juga macam yang asal planning tu.
  • Cikgu kaunseling dah pilih leader Study Group, then aku dengan BFF aku terpisah. Dalam cikgu kata buat study group ikut group yang dah diaturkan kamu still buat group sendiri sebab ada setengah dari ahli kumpulan kita orang jenis tak sefahaman dengan kita.
  • Izzat adalah salah seorang kawan baik aku, NADS pun tak pernah tau yang Izzat tersenarai dalam Kawan Baik Sedunia aku. Dulu dia pernah mangadu dekat aku, dia cakap " Nisak kelas kita ni dah tambah satu tingkat ka? " Aku jawab " Dak laa, 3 tingkat ja ni. Mana ada tambah-tambah " Then, dia kata " Awat aku rasa macam bertambah ja, penat aku daki tangga ni " Hahaha, tu pun salah satu moment terhebat aku :')
  • Waktu PMR semakin dekat ramai yang buat kerja masing-masing saling bantu-membantu dan saling rindu merindui kelas yang lama. Tak faham? Okayy, lepas percubaan PMR cikgu sekolah Nisa pecahkan kelas. Alaa macam atur kelas lain. Okayy, budak yang bagus stay dekat group bagus, budak yang kurang stay dekat group yang kurang. Dengan cara ni, baru kami tahu bahawa dengan adanya sahabat dulu akan menceriakan lagi dunia kami sekelas.
  • Sebelum Hari Raya Aidilfitri, Helmi ada tanya aku " Weihh, hang dah couple? Dengan budak mana? " Aku jawab " Dengan Budak Kelantan " Waktu tu memang aku pelik tiba-tiba ja dia tanya aku dan aku buat taktau jaa. Mungkin dia terkejut sebab Ex aku yang aku sayang sangat dah couple dengan orang lain.

Yeah, aku admit banyak sangat kenangan aku dengan budak 3 Andalas. Memory paling terindah bagi aku adalah waktu main SAHIBBA dengan kaum ADAM. Alhamdulillah aku tak kena denda, sebab aku menang *dapat nombor dua :3 Waktu ni orang yang kalah kena jalan itik. Yeah, aku tak sempat nak tengok Muiz jalan itik sebab Ex aku kacau aku -_- Hm, apapun 3 Andalas is the best. Aku sayang hampa sangat-sangat

No comments:

Template By NisaaRazie