HOME ABOUT ME TUTORIALS FREEBIES LINKIES INSTAGRAM

Day 2 : 20 Facts About You


Assalamualaikum


So, Day 2 : 20 Facts About You. Haa nah, ayee senaraikan 20.
  1. ​ Aku suka makan. Bila dah makan suka tidoq. Bila dah buat dua dua benda ni mula la merungut berat badan naik.
  2. ​ Dalam banyak banyak kuih tradisional, kuih karipap inti ubi paling aku suka. Dap kot #HantuKaripap
  3. ​ Selain karipap, Laksa pun favourite aku. Emm, tapi aku ni semua jenis makanan bersup aku suka (sup ayam atau daging dan tomyam).
  4. ​ Nama ja lahir dan membesar atau menetap dekat Kedah tapi loghat Kedah aku slow sikit.
  5. ​ Suka bidang teknologi (lebih kepada komputer) tapi abah tak bagi aku pilih bidang tu.
  6. ​ Aku jenis buat keputusan ikut sedap hati aku, tak fikir akibat dia apa. Lepastu, mula la nak menyesal tak tentu pasal.
  7. ​ Aku tak minat warna 'pink' melainkan warna tu dia light light sikit (warna pastel)
  8. ​ Sangat suka teddy bear. Tambah tambah yang gebu nak mampus (sedap nak peluk atau tidoq atas dia)
  9. ​ Kalau pi kedai makan, air yang selalu aku order air jus epal tapi kalau takdak aku bedal ja ambil air apa pun lepas tu tak habis sebab aku tak suka minum air manis so better air jus atau air suam.
  10. ​ Sejak dah habis matrik, aku malas nak hadap buku (yang kena baca atau hafal) aku taktau kenapa
  11. ​ Orang lain minat drama korea since 2012/2013 gituu. Aku masuk matrik baru start tengok, itu pun dah last sem baru minat sikit tapi sekarang takdak la terlalu minat sangat sangat.
  12. ​ Jenis suka beli novel banyak banyak tapi tak baca pun. Mostly aku buat koleksi, pastu aku baca intro, tengah tengah, dgn part yg last sekali.
  13. ​ Aku ni takut kucing. (SANGAT)
  14. ​ Kalau aku cakap tak suka, aku memang maksudkan benda tu. Bila aku dah start block kau, tu memang tanda tanda aku dah tak suka atau benci kau. Tapi kalau aku dah start sayang, sampai ke lubang cacing aku nak tau semua pasal kau. Bila aku tau kau tipu, sikit sikit sayang aku dkt kau akan hilang.
  15. ​ Kalau aku stress sangat, semua barang aku hempas lepas tu menangis sampai esok pagi mata sebam.
  16. ​ Aku suka gila makanan pedas. Pernah la ex aku dulu bebel dekat aku takut kena appendix tapi aku still makan. Kalau tak rasa pedas, aku tambah la apa yang patut nak bagi pedas. Padahal orang lain dah risau tengok keadaan aku yang macam tu.
  17. ​ Aku kalau dah bebai sangat, dengan semua orang aku buat taktau termasuk kawan aku.
  18. ​ Bila aku menangis, jangan ada sapa pun cakap stop menangis. HAHAHAHA, biaq la aku nak teriak pun.
  19. ​ Aku jarang makan makanan laut ni, sebab adik beradik aku ada yang alergik dengan makanan laut.
  20. ​ Masa kecik dulu, aku seorang kanak-kanak perempuan yang sangat buas (nakal) nak mampus dan kuat menangis.
​ Banyak lagi sebenarnya. Hanya orang tertentu ja yang tau, siapa aku.

No comments:

Template By NisaaRazie